NADI MELUGU X WELLBEING – PODCAST: UJIAN, SARINGAN, PEPERIKSAAN – ANAK KITA BERSEDIA ATAU TERPAKSA?
5 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniSatu sesi webinar bertajuk ‘’Ujian, Saringan, Peperiksaan – Anak Kita Bersedia Atau Terpaksa?” telah diadakan bagi membincangkan isu berkaitan tekanan akademik dan kesejahteraan anak-anak dalam sistem pendidikan masa kini.
Podcast ini mengupas peranan ibu bapa, pendidik dan persekitaran dalam membantu anak-anak menghadapi ujian, saringan dan peperiksaan dengan lebih bersedia dari segi mental dan emosi, bukannya sekadar memenuhi tuntutan. Perbincangan turut menyentuh kesan tekanan berlebihan terhadap perkembangan emosi serta motivasi pembelajaran anak-anak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: